Najib terkejut Nazifuddin bertanding

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Najib terkejut Nazifuddin bertanding

 



Dato Sri Najib Razak terkejut bila Nazifuddin memberitahu akan bertanding pada pemilihan Umno akan datang.

“Daddy terkejut, tapi dia sokong keputusan saya bertanding Naib Ketua Pemuda Umno” – Nazifuddin

Nazifuddin, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), membuat keputusan bertanding kerana mahu membantu Pemuda Umno mendekati pengundi muda yang akan mewarnai politik Malaysia pada masa akan datang.



Selaku Setiausaha Agung MOM, Nazifuddin percaya pendekatan menerusi sukan akan lebih mendapat perhatian anak muda.

Dilahirkan pada 13 Disember 1983, Nazifuddin mula mengambil Ijazah  Sains Komputer dari Universiti Nottingham, London dan meneruskan pengajian sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dalam pengajian perniagaan di Universiti City, Amerika Syarikat.

Beliau juga mahu membawa kembali kehebatan Pemuda dalam menyampaikan hujah terutama debat dan pidato. Nazif percaya Umno melalui Pemuda Umno mampu mengetengahkan bakat baru untuk diasuh sebagai pemimpin masa depan.

Ikuti temubual ekslusif MyTv.Online dengan Mohammad Nazifuddin Mohammad Najib yang dirakamkan di pejabatnya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button