“Pendakwaan terpilih” sekadar kenyataan songsang dari Muhyiddin.

Oleh Adam Malik

Amat Sukar untuk Muhyiddin Yassin dan juga kepimpiinan Bersatu (PPBM) menerima hakikat bahawa mereka ada lah penjenayah rasuah.

Bahkan amat sukar untuk mereka (pemimpin PPBM) menerima hakikat mereka yang mencipta kes terhadap UMNO dengan bersekongkol bersama Tun Mahathir kini bergelar parti penyamun dan perasuah secara berjemaah.



Kes pula bukan direka reka dengan ‘set’ Hakim terpilih dan peguam dakwa terpilih seperti kes Najib Razak.

Malah , kemungkinan tiada arahan ‘sulit’ mesti penjarakan Wan Saiful atau Muhyiddin “by hook or by crook’ seperti kes Najib Razak.

Semua nya ‘fair and square’.



Bahkan, orang orang lantikan Muhyiddin juga masih berada didalam institusi tertentu .

Amat tidak bertanggung jawab untuk Muhyiddin Yassin menyatakan semua hal ini ada lah ‘Pendakwaan terpilh”.

Ia sekadar mahu membuat persepsi buruk sahaja konon nya tidak bersalah.



Buktikan lah Wan Saiful atau Muhyiddin sendiri tidak bersalah didalam gelanggang mahkamah dan bukan di media media.

Pendakwa pula hanya perlu buktikan ‘the act did took place’, bahawa kes benar berlaku.

Jawab bagai mana ratusan juta boleh berada didalam akaun Parti Bersatu dan didalam akaun Wan Sayful.

 



Sejumlah wang RM42 juta didapati masuk kedalam akaun Najib Razak oleh pihak lain pun mengakibatkan Najib Razak dipenjarakan 12 tahun, kini wang ratusan juta dengan pengetahuan masuk kedalam akaun boleh  bebas begitu mudah kah?

Sebenar nya Perikatan Nasional sukar menghadapi PRN Enam negeri akan datang dengan imej parti perasuah dan penyamun.

Itu sebenar nya.



Imej yang sama dikena kan terhadap Barisan Nasional Ketika PRU15.

Maka , kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa apa yang kena kepada Wan Saiful adalah “Pendakwaan terpilih” sekadar cuba menafikan hakikat bahawa PPBM dan kepimpinan nya juga ada lah perompak dan penyamun yang menerima dan memberi sogokan.

Terima lah kenyataan itu dan hadapi lah dakwaan secara anak jantan seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Usah bermain persepsi, rakyat ingin tahu ada menerima wang sogokan atau tidak, bukan mahu tahu Pendakwaan terpilh atau tidak.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button