Atuk Gatal ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Perempuan Muda Dalam Tandas

Tular di Instagram (IG), sebuah video yang dimuat naik memaparkan seorang warga emas telah ditangkap basah bersama seorang wanita muda.

Diserbu anak sendiri

Insiden yang berlaku di Madura Indonesia itu, memaparkan seorang lelaki bertopi keledar telah mengetuk pintu tandas awam dan setelah beberapa kali dipaksa untuk membuka pintu, seorang wanita muncul dalam keadaan sedang membetulkan pakaiannya.

Manakala warga emas yang memakai kopiah putih dan kain sarung itu turut dilihat berada di dalam tandas yang sama.



Berdasarkan kapsyen pada video berkenaan, lelaki bertopi keledar yang menyerbu perbuatan terkutuk pasangan itu adalah anak kepada warga emas itu sendiri. Dia kemudiannya dilihat sangat berang dan kecewa dengan perbuatan bapanya yang sudah lanjut usia itu.

Dalam pada itu, di ruangan komen video berkenaan rata-rata warganet mengecam kejadian tidak senonoh tersebut.

Sudah bau tanah mahu mati tapi masih gatal datuk ini.

Dah jadi datuk sepatutnya dah fikir tentang tanah kubur.



Sumber: Suara.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button