Parti Bersatu akan hadapi Enam PRN dengan  bawa imej ‘Hoi Ya Hoi”

Oleh Adam Malik

Pada PRU15 , gabungan Perikatan Nasional telah mendapat kelebihan kerusi bukan kerana mereka bagus dalam hal ehwal rakyat ataupun ada banyak kebaikan yang telah dilakukan.

Gabungan PN banyak raih kerusi atas sebab berjaya memburuk kan lawan mereka terutama nya Barisan Nasional.



Tambah lagi dengan dana yang besar hasil wang kutipan dari peratus hasil ‘direct nego’ dari projek projek yang dicipta semata mata untuk kutip komisyen dan ‘kickback’ dari kontraktor pilihan.

Maka , rumusan itu semua akhir nya membawa kemenangan lebih dari biasa.

Namun  ,itu PRU15 , kali ini PRN Enam negeri dijangka  bakal diadakan pada sekitar bulan Jun atau selepas umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.

Jadi , pasti kali ini gabungan PN akan mendapati kesukaran untuk bertindak secara lazim , yakni bergantung pada kelemahan lawan dan bukan atas kekuatan sendiri.



Kali ini, imej PN terjejas dengan teruk dan juga sangat tercemar dengan skandal Jana Wibawa dan juga skandal perbelanjaan wang rakyat Ketika darurat PKP.

Beberapa pemimpin dan juga wakil parti Bersatu sudah pun didakwa di mahkamah dengan kes jelas dan ‘clear cut’ menerima dan meminta sogok kan.

Maklumat yang kami terima juga menyatakan kes membabitkan sekutu parti Bersatu , ia itu PAS juga sedang dalam proses untuk didakwa.



Berkemungkinan dalam beberapa minggu lagi.

Sama ada kena mengena dengan PRN atau tidak, kes adalah sahih dan benar berlaku dan terjadi.

Maka, bagaimana kah kedua parti yang hidup atas taburan kisah keburukan parti lawan terutama nya UMNO akan menghadi PRN dengan imej dan reputasi sebagai parti “penyakau”?

PAS yang sentiasa berlagak suci kini tanpa didudga telah bersekongkol dengan parti yang ‘sakau’ wang rakyat melalui penciptaan projek dan ambil ‘bahagian’ dari projek itu.



Bagaimana kah ceramah kedua dua parti Bersatu dan PAS  akan berbunyi?

Jika sendiri terpalit dengan rasuah bagaimana hendak bermain isu rasuah?

Jika apa yang UMNO buat dikira rasuah dan bukan dana politik , kenapa pula jika dibuat oleh Bersatu dan PAS bukan rasuah pula?

 



Ini lah agak nya , natijah mengenakan UMNO dengan benda yang tidak salah lalu kemudian terkena pada diri sendiri.

Kami difaham kan kedua parti Bersatu dan PAS akan guna naratif “Pendakwaan terpilih” sebagai pertahanan kelakuan rasuah.

Tetapi berkemungkinan naratif ini  akan ‘makan diri’ kerana Muhyhiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KDN 22 bulan dan Perdana Menteri 17 bulan sendiri melakukan Pendakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO.



Orang orang seperti Mas Emiarti dan Mustapha Mohamad tidak didakwa sambil pemimpin UMNO Ahmad Maslan dan Sharir Samad didakwa atas kes sama.

Selanjut nya Zeti Aziz tidak didakwa bersama Nazlan Ghazali tetapi Najib Razak didakwa.

Pada kes Datuk Ahmad Zahid pula, Tun Mahathir , Hishamuddin Hussien , Khairy Jamaluddin dan Muhhyiddin tidak didakwa untuk kes yang sama.

Maka, jelas lah, gabungan PN akan hilang punca dan hala kerana perbuatan sendiri Ketika ada kuasa.

Persoalan utama dan pokok, bagaimanakah gabungan PN akan hadapi enam PRN dengan membawa imej kotor sebagai gabungan “penyakau?’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button