Siasatan kes Menara KL selesai – SPRM
PUTRAJAYA: Siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sudah selesai dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan juga sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.
“Siasatan kes Menara KL sudah selesai dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan kita tunggu dalam masa terdekat ini apakah keputusannya,” katanya pada sidang media hari ini.
Pada 7 Januari lalu, dua pengarah kanan syarikat bergelar ‘Datuk’ direman empat hari bagi membantu siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara KL.
Perintah reman terhadap individu masing-masing berusia 49 dan 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas permohonan dikemukakan SPRM.
BHOnline