Dua beradik lemas di kolam renang

Ipoh: Dua beradik didapati lemas di sebuah kolam renang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 6.10 petang semalam.

Katanya, mangsa kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun serta adik lelakinya berusia lapan tahun.



“Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini dan kematian disahkan oleh pihak hospital.

“Bedah siasat dijalankan pada hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu mengabaikan dan mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.



Sehingga kini polis masih menyiasat sama ada dua beradik itu ke kolam renang bersama ibu bapa mereka atau ada penjaga lain.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button