Tular Foto Dua Lelaki & Seorang Wanita Selamba Lakukan Seks Di Atas Jejantas

Dua orang lelaki dan seorang wanita di Thailand telah ditahan oleh pihak polis selepas mereka melakukan hubungan seks secara terbuka di atas sebuah jejantas pada waktu siang.

Lakukan seks secara bergilir-gilir

Gambar ketiga-tiga pelaku itu telah dikongsikan di laman Facebook tempatan pada Ahad lalu yang memaparkan kedudukan mereka tertutup oleh papan tanda besar sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai ‘titik buta’ bagi kenderaan yang lalu-lalang.



Difahamkan, jejantas tersebut terletak di hadapan sebuah kolej teknikal yang terkenal di daerah Phitsanulok.

Selepas gambar berkenaan tular, pihak polis segera bertindak untuk mengesan ketiga-tiga individu tersebut dengan bergegas ke lokasi kejadian selepas mengesahkan bahawa mereka melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir.

Pun begitu, mereka hanya menemui dua biji bantal berserta selimut sebelum menangkap ketiga-tiga suspek pada hari yang sama.



Dua lelaki dan seorang wanita itu didakwa melanggar 397 Undang-Undang Jenayah yang mana jika seseorang yang bertindak dengan cara mengganggu, menyebabkan kehinaan, atau mengganggu orang lain akan didenda sehingga 5,000 baht.

Bagaimanapun, polis mengenakan bayaran 500 baht (RM63.80) setiap seorang dan menghantar mereka pulang kerana ketiga-tiga individu tersebut disyaki gelandangan dan penagih dadah.

Sumber: Thaiger News




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading