2 polis parah ditembak di Auckland Barat, New Zealand


AUCKLAND, 19 Jun — Dua pegawai polis parah selepas ditembak dalam satu insiden di Auckland Barat , New Zealand, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis pada Jumaat.

Penguasa Polis Daerah Waitemata Naila Hassan berkata kejadian berlaku di Massey kira-kira 10.30 pagi.

“Satu unit polis sedang menjalankan rondaan di Reynella Drive sebelum mereka diserang,” katanya.

Beliau berkata dua anggota polis ditembak dan cedera parah, orang awam juga cedera akibat dilanggar dengan kenderaan.



Banyak sumber termasuk media tempatan melaporkan seorang polis maut ditembak, bagaimanapun, polis New Zealand belum mengesahkannya.

Penyerang berjaya melarikan diri dan suspek sedang diburu.

Polis menasihatkan orang ramai menghindari kawasan kejadian dan sekolah di daerah itu turut ditutup.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button