Apa alasan  untuk tidak membebaskan Najib?

Oleh Adam Malik.

Pada tanggal 31 haribulan Mac ini pasti seluruh negara akan tertumpu kepada keputusan kes semakan SRC Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan yang akan merobah seluruh pandangan dan pendirian politik banyak pihak sama ada dipihak kerajaan dan juga bukan kerajaan.



Selain dari itu, keputusan yang bakal dibuat juga akan menilai bukan sahaja kedudukan orang kena tuduh Najib Razak, bahkan kedudukan pihak yang akan menjatuhkan hukum.

Sambil itu pihak pemerintah juga bakal dikaitkan sama ada DSNR bebas ataupun tidak.

Pelbagai pujian dan tohmahan menunggu semua pihak yang terkait dengan keputusan yang bakal dibuat.

Dari sudut perundangan, sudah boleh diandaikan tiada sebab untuk DSNR ditahan lagi kerana terlalu banyak fakta dan pembuktian telah menyebelahi DSNR dan pihak pembela.



Mungkin, yang menjadi perbualan dan perbincangan adalah kedudukan kes dari sudut politik.

Ramai juga membuat pelbagai tafsiran berkenaan bebas atau tidak DSNR dan persoalan siapa untung dan siapa rugi jika DSNR dibebas atau terus didapati bersalah.

Siapa untung jika DSNR bebas dan siapa rugi jika DSNR bebas menjadi isu induk.

Dari bualan awam , sudah pasti lah individu seperti Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan para pemimpin tertentu dari pihak pembangkang akan merasakan tidak selesa dan menambah kesukaran berpolitik dengan kehadiran semula DSNR dipentas awam.



Ada juga kata individu seperti Anwar juga tidak selesa jika ‘spotlight’ tumpu kepada DSNR dan bukan kepada Anwar Ibrahim.

Tapi ada juga yang kata pembebasan Najib boleh membantu Anwar kerana kedua miliki ‘common enemy’ ia itu Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Jika DSNR dibebaskan pasti sekali DSNR lebih tahu siapa yang yang harus dihala kritikan dan serangan.

Maka , ada juga ‘advantage’ kepada Anwar kerana kerja ‘menibai’ Mahathir dan Muhyiddin boleh dilakukan oleh DSNR.



Sebelum dipenjarakan pun sudah terlihat betapa Tun Mahathir cuba elak atau respon kepada kritikan Najib begitu juga Muhyiddin Yassin.

Amat jaran melihat Tun Mahathr ‘counter serangan Najb baik dari segi ekonomin dan kronism Mahathir.

Bagaimana pula dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi?

Ada juga pihak berpendapat bahawa Zahid akan lebih kukuh tapi ada juga pihak meragui pendapat ini.



Selain itu pihak judisiari pasti akan dipandang serong oleh penyokong Najib jika Najib tidak bebas atas sebab kandungan perbicaraan sudah pun diketahui oleh mereka serta fakta dan perincian kes sudah pun mereka ketahui dan mereka sangat yakin “Bossku” akan dibebaskan.

Apapun hujung bulan Mac ini bukan sahaja menentukan kedudukan Najib Razak, bahkan juga kedudukan pihak lain yang terkait sama dalam kes ini.

Persoalan penting , Apa alasan untuk tidak membebaskan Najib?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button