Bayern dijangka pecat Nagelsmann

BERLIN: Bayern Munich dijangka akan memecat pengurusnya, Julian Nagelsmann, menurut laporan media Jerman hari ini dengan juara Bundesliga itu kini bergelut dalam pemburuan gelaran.

Bekas jurulatih Chelsea dan Borussia Dortmund, Thomas Tuchel menjadi pilihan bagi menggantikan Nagelsmann di Bayern, kata akhbar Jerman, Bild.

Keputusan mengejut itu hadir ketika pasukan berkenaan berkedudukan kedua liga, satu mata di belakang Borussia Dortmund dan empat di depan pencabar baharu, Union Berlin.



Usaha Bayern untuk mencari gelaran ke-11 Bundesliga berdepan ancaman pada Ahad apabila tumbang 2-1 di tangan Bayer Leverkusen.

Selepas perlawanan itu, pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic menyatakan rasa kurang senang dengan persembahan pasukan.

“Kami membuatkan diri sendiri diatasi pasukan yang bermain pada pertengahan minggu. Itu bukan satu makna untuk menjadi Bayern Munich,” katanya.

Walaupun kurang menyerlah, Bayern kekal dalam memburu gelaran liga selain merebut piala domestik serta di Eropah.



Mereka menyingkirkan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan agregat 3-0.

Juara Jerman itu akan berdepan penyangdang gelaran Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam suku akhir pada April.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button