Honda persoal hukuman FIM

Zurich: Honda mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berhubung pindaan penalti yang dikenakan kepada Marc Marquez selepas terbabit kemalangan dengan Miguel Oliveira pada aksi pembukaan musim MotoGP di Portugal, kata pasukan itu.

Oliveira berada di tempat kedua pada peringkat awal Grand Prix Portugal di tempat kelahirannya, Ahad lalu namun Marquez merempuh pelumba RNF Racing sekali gus menyaksikan kedua-duanya terbabas ke tepi litar.

Marquez memohon maaf atas kesilapannya dan menerima hukuman penalti dua pusingan panjang untuk perlumbaan hujung minggu ini di Argentina.



Juara kelas perdana enam kali itu kemudiannya tidak dapat beraksi pada pusingan kedua di Argentina kerana patah tangan, dengan MotoGP berkata hukuman penalti itu akan diteruskan pada perlumbaan seterusnya yang akan disertainya.

“Pindaan penalti itu membabitkan perubahan kriteria mengenai bila penalti itu perlu dikenakan.

“Pindaan itu dikeluarkan oleh FIM dua hari selepas penggantungan awal yang sudah dimuktamadkan. Ia tidak selaras dengan peraturan semasa FIM untuk Kejohanan Dunia MotoGP.



“Repsol Honda berhasrat untuk menggunakan semua cara untuk mempertahankan hak dan kepentingan pasukan,” kata Honda dalam satu kenyataan.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button