Nurkilan hati dari Yana Najib

 

Kepada semua sahabat-sahabat DSN,
Minta maaf…
Yana pulang hari ini dengan tangan kosong.
Setiap hari Yana berdoa dan menaruh harapan.
Agar Yana diberi peluang pegang tangannya sekali lagi, peluknya, dan pulang ke rumah bersama keluarga.
Malam ini rumah kosong lagi.
Tadi sebelum Daddy dibawa pulang ke penjara, Daddy kata kepada anak-anaknya, “Daddy baru fikir apa kita nak buka puasa malam ni? Ingat boleh sembahyang bersama family”.
Sedih, memang sedih. Kerana ketika diperlukan, DSN sentiasa membantu.
Kerana ketika diminta peluang, DSN tidak pernah say no.
Kerana ketika tiada apa-apa juga DSN tetap bersuara, sama-sama berjuang untuk semua.
Seumur hidup DSN, bekerja bekerja bekerja. Bantu bantu bantu.
Apakah ini balasannya dan pengakhirannya?
DSN tak minta apa pun. Hanya perbicaraan adil.
Bermula dengan pertukaran Hakim di Mahkamah Tinggi.
Sehingga ke rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana…
– bukti baharu tidak dibenarkan
– konflik berkepentingan Hakim tidak diterima
Dan yang paling asas iaitu masa dan peluang untuk DSN membela dirinya menghadapi isu demi isu.
Adakah boleh tukar peguam untuk khidmat nasihat berbeza? Boleh dan biasa berlaku. Pihak pendakwaraya juga.
Tetapi DSN tidak boleh.
Adakah boleh beri masa kepada peguam baru untuk meneliti dokumen kes? Boleh dan biasa diberikan. Kepada peguambela, kepada pendakwaraya juga.
Tetapi DSN tidak boleh.
Adakah peguam boleh tarik diri daripada pembelaan jika tidak yakin dan tidak mahu teruskan? Boleh dan biasa berlaku.
Tetapi DSN tidak boleh.
Sedangkan memang ada pekeliling mahkamah yang secara jelas kata mahkamah tidak ada kuasa menghalang peguam menarik diri.
Yana kongsikan penghakiman yang diberikan Yang Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli.
Pertama, pihak pendakwaan memberi hujah selama dua hari tetapi DSN tidak didengar langsung ketika perbicaraan tahun lepas.
Kedua, permohonan penangguhan bukan untuk lari dari rayuan tetapi dibuat dengan jujur agar peguam DSN dapat buat persediaan meneliti 30,000 dokumen.
Ketiga, hak DSN untuk perbicaraan yang adil dinafikan kerana perbicaraan diteruskan pada masa peguam DSN tidak lagi berupaya mengemukakan hujah setelah tidak diberi masa dan telah berundur diri dari mewakili DSN.
Keempat, DSN berhak mendapatkan peguambela yang efektif, dan bukan merencatkan peranan dan keupayaannya.
Yana akhiri dengan apa yang Hakim Besar Sabah dan Sarawak kata tadi:
“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah.”
“Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil”
“Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil”
“Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali.”
Yang Arif juga memutuskan agar penghakiman dahulu diketepikan dan DSN dibebaskan daripada tuduhan terhadapnya.
Siapakah Hakim ini? Yang Arif adalah Pengerusi panel hakim dan juga Hakim paling kanan paling berpengalaman dalam panel semakan ini.
Yana tahu ramai yang kecewa dan keputusan penghakiman hari ini juga mengejutkan perundangan kerana ia membawa kesan dan akibat besar.
Yana tahu DSN seorang pejuang dan DSN tetap mahukan perbicaraan dan pengakhiran yang adil kepadanya.
Yana berharap kita semua akan terus mengambil langkah bertindak dengan berani mempertahankan dan memperjuangkan keadilan penuh untuknya.
We must continue our fight. We must voice out the truth. We must take on brave action in the name of justice.
Daddy sudah berumur 70 tahun. 47 years of his life was spent serving the country and UMNO.
The least we can do is to accord him with our courage to speak out and do the right thing.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita dan memberikan kekuatan kepada kita semua menghadapi segala musibah dan ujian.
Terima kasih kepada semua yang hadir ke mahkamah pagi tadi dan mendoakan kebaikan DSN. Beliau kirim salam dan anda semua sentiasa menjadi inspirasi untuk beliau terus berjuang.
Never retreat, never surrender.
Ikhlas,
Yana Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button