Lelaki langgar tentera direman tiga hari

HULU SELANGOR: Seorang lelaki direman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Kilometer 8 Jalan Sungai Choh- Bukit Beruntung di Hulu Selangor kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata lelaki berusia 22 tahun berasal dari Bukit Beruntung itu direman tiga hari bermula semalam sehingga esok.

“Lelaki itu direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut itu. Polis sudah mendapat kelulusan rasmi perintah Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, semalam.

“Siasatan lanjut perlu dilakukan pegawai penyiasat dari cawangan Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor sebelum proses pertuduhan dilakukan di mahkamah yang sama ,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Kemalangan pada jam 6.10 pagi kelmarin itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Jamilul Firdaus, 34, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke tempat kerjanya di Markas Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Bukit Hagate Jalan Padang Tembak, Keramat, Kuala Lumpur.

Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Arsad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker