Ibu Naik Bas Seorang Diri Ke Melaka Jemput Anak Keluar Penjara

Kasih ibu sampai syurga. Demikian ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan kisah seorang ibu tunggal yang sanggup menaiki bas persiaran dari Selangor untuk β€˜menyambut’ kebebasan anaknya yang keluar dari penjara Sungai Udang, Melaka pada Rabu.

Sanggup meredah cuaca terik, ibu tunggal yang dikenali sebagai Azah, 48, mengharungi perjalanan yang jauh hanya semata-mata mahu memeluk kembali anaknya Nurul, 30, selepas dipenjarakan akibat kesalahan berkaitan dadah sejak Februari lalu.

Kata Azah, saat mengetahui Nurul dibebaskan, dia lantas membeli tiket bas dan bergerak dari Selangor sebelum tiba di Terminal Bas Melaka kira-kira jam 10 pagi. Dia kemudianya menaiki kenderaan e-hailing (grab) untuk sampai ke penjara berkenaan.

Sepatutnya kami tidak dapat beraya dan berpuasa bersama tetapi alhamdulillah, syukur rezeki kami sekeluarga apabila dia (Nurul) dibebaskan awal daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada 12 Mei ini.

Mulanya bila dapat panggilan daripada pihak penjara bulan lalu, saya tidak percaya dan perasaan bercampur baur sedih, terharu, gembira dan syukur sebab itu hari ini, macam mana sekalipun saya berusaha hadirkan diri untuk menjemput dia sendiri.

Azah yang bekerja sebagai pembekal di sebuah syarikat swasta berkata, tempoh terpisah daripada anaknya itu adalah pengalaman yang amat menyedihkan buat dirinya terutama ia juga kali pertama mereka berjauhan dan perlu menjalani ibadah puasa tanpa Nurul.



Beliau berkata antara momen yang dirindui sepanjang ketiadaan anaknya itu ialah masakannya kerana Nurul adalah seorang anak yang pandai memasak pelbagai hidangan.

Ini adalah saat yang saya nantikan untuk kami sekeluarga berkumpul semula terutama pada hari raya, apabila dia nampak saya datang dari jauh semata-mata untuk jemput dia pulang, datang seorang diri, hargai dia, saya harap dia menyesal dan tidak ulangi lagi kesalahan yang sama pada masa hadapan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk hidup lebih baik.

Sementara itu, Nurul yang dibebaskan kira-kira 12.28 tengah hari dilihat berpelukan dengan ibunya dan menangis kegembiraan sebaik melangkah keluar dari pintu utama penjara berkenaan.

Nurul berkata, pembebasan awal berkenaan adalah hadiah Ramadan buatnya kerana masih sempat berpuasa dan menyambut hari raya bersama ibu dan ahli keluarga yang lain termasuk dua anaknya berusia 12 dan 14 tahun.

Sebaik diberitahu pihak penjara bahawa saya akan dibebaskan lebih awal, saya berjanji tidak akan berpatah balik ke belakang dan berubah menjadi seorang yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu dan anak-anak saya.

Sumber:Β Harian Metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker