Rundingan tak rasmi anjuran Thailand penting lindungi sempadan dan rakyat

Rundingan tak rasmi anjuran Thailand penting lindungi sempadan dan rakyat

Rundingan tak rasmi anjuran Thailand penting lindungi sempadan dan rakyat
Rundingan tidak rasmi itu berlangsung pada Isnin di Pattaya anjuran pentadbiran sementara Thailand. – Foto Reuters

BANGKOK: Penganjuran rundingan tidak rasmi mengenai Myanmar pada Isnin perlu untuk melindungi sempadan dan rakyat Thailand selain mencari jalan untuk menamatkan keganasan di negara yang dikuasai junta itu.

Perwakilan peringkat tinggi dari Myanmar, Brunei, Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, India dan China menghadiri persidangan tidak rasmi itu yang diadakan di luar rangka kerja ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Don PramudHigh-lwinai.

Rundingan tidak rasmi itu berlangsung pada Isnin di Pattaya anjuran pentadbiran sementara Thailand.

Tiga negara anggota utama ASEAN – Malaysia, Singapura dan Indonesia telah menyatakan tidak akan menyertai mesyuarat itu.

Mesyuarat tidak rasmi itu bertujuan membantu usaha ASEAN untuk menghentikan pertumpahan darah di negara jiran yang diperintah junta itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan


Bercakap kepada pemberita di Rumah Kerajaan hari ini, Don berkata, Thailand lebih menderita berbanding negara lain memandangkan negara itu berkongsi sempadan sepanjang 2,000 kilometer dengan Myanmar dan rundingan itu diharap dapat mencari penyelesaian terhadap masalah yang berpanjangan itu.

Menurut Don, pertemuan itu juga membincangkan kebimbangan dan isu baharu, namun tidak menyatakan butirannya.

Negara yang hadir mencadangkan supaya mesyuarat itu diadakan lagi pada masa akan datang. Ini kali kedua Thailand menganjurkan mesyuarat tidak rasmi itu.

Mesyuarat tidak rasmi semalam turut dihadiri Menteri Luar Myanmar, Than Swe, menurut kenyataan kementerian luar.

“Peserta membincangkan topik berkaitan situasi semasa di Myanmar.

“Than Swe memberi taklimat kepada mesyuarat mengenai kerjasama Myanmar dengan ASEAN untuk melaksanakan konsensus lima perkara ASEAN, mewujudkan keamanan dan kestabilan serta memulihkan demokrasi selaras dengan Pelan Hala Tuju Lima Perkara Majlis Pentadbiran Negeri,” menurut kenyataan itu.

Dalam sepucuk surat, Don berkata tujuan perhimpunan itu adalah “untuk melibatkan semula sepenuhnya Myanmar di peringkat pemimpin.”– BERNAMA

Rundingan tak rasmi anjuran Thailand penting lindungi sempadan dan rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker