Penjawat awam, pemilik bengkel rugi RM394,000 angkara ‘phone scam’

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam, pemilik bengkel rugi RM394,000 angkara 'phone scam'
Gambar Hiasan

Dua individu berputih mata apabila kerugian RM394,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan penghantar kiriman dan pegawai polis.

Mangsa lelaki pemilik bengkel kimpalan berusia 32 tahun kerugian RM234,000, manakala seorang lagi membabitkan penjawat awam wanita berusia 30 tahun rugi RM160,000.



Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laporan polis daripada kedua-dua individu terbabit diterima pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa telah dihubungi pegawai perkhidmatan penghantar kiriman yang menyatakan terdapat barang terlarang telah diposkan menggunakan butiran mangsa.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan mangsa diminta membuat pembayaran untuk menyelesaikan kes.

“Bagi kes pemilik bengkel kimpalan, mangsa telah membuat 15 transaksi perbankan dalam talian ke dalam lapan akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM234,000.



“Bagi kes penjawat awam pula, mangsa telah membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan kes tersebut dan pengadu telah membuat dua transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kumar memberitahu, kedua-dua mangsa bertindak membuat bayaran tanpa melakukan semakan atau merujuk pihak berkuasa dan ahli keluarga kerana takut diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading