Chong Ming mahukan anak buahnya teruskan momentum mereka


Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (kiri) dan Goh Soon Huat-Shevon Lai (kanan)

31/01/2021 06:48 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Ketua Jurulatih beregu wanita kebangsaan Chan Chong Ming mahukan anak buahnya meneruskan momentum mereka bagi memberikan keputusan lebih cemerlang pada kejohanan akan datang, selepas menunjukkan prestasi baik pada tiga siri kejohanan Asia di Bangkok, Thailand.

Beliau memuji pasangan ke-14 Dunia Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, yang mengejutkan pilihan utama kejohanan Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia, sebelum tewas pada separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2020 kepada pasangan keempat dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan semalam.



Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia dua kali itu juga gembira dengan pasangan Pearly Tan-M.Thinaah, yang menewaskan pasangan kesembilan dunia Chang Ye Na-Kim Hye Rin dari Korea Selatan, untuk layak ke suku akhir ToyotaTerbuka Thailand, minggu lepas.

β€œSaya rasa ini satu kejayaan untuk mereka dan juga satu petanda yang baik untuk keseluruhan skuad beregu wanita. Selepas ini, saya mahu fokuskan pada latihan tertentu individu seperti kemahiran, kekuatan dan kepantasan, apabila mereka pulang dari Thailand,” kata bekas pasangan beregu lelaki nombor satu dunia itu.

Dengan beberapa acara dijadualkan pada Februari dibatalkan akibat COVID-19, Terbuka Swiss dari 2-7 Mac, diikuti Terbuka Jerman (9-14 Mac) dan All England (17-21 Mac), akan menjadi antara kejohanan awal untuk musim 2021.

Sementara itu, pasangan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, satu lagi pasangan negara yang layak ke separuh akhir pada Jelajah Dunia Akhir, mahu untuk terus memperbaiki permainan mereka pada kejohanan yang akan datang.



β€œSaya mahu perbaiki dari segi emosi dan psikologi saya, selain mengurangkan kesalahan dan kesilapan mudah. Saya perlu mengawal diri untuk mengekalkan konsistensi saya di gelanggang, yang merupakan satu masalah dan halangan paling besar yang saya hadapi,” kata Shevon.

Berkongsi pengalaman bertanding di bawah peraturan prosedur operasi standard yang ketat dan kawalan pergerakan di bawah normal baharu di Bangkok akibat pandemik COVID-19, Soon Huat berkata, seseorang pemain itu perlu mempunyai kekuatan mental yang kuat, bagi mencapai keputusan yang dimahukan di gelanggang.

β€œBerdasarkan pengalaman di sini, perlu kekuatan mental kerana banyak swab test iaitu tiga hari sekali. Bukan senang nak tahan mental dengan sekatan pergerakan yang lama di sini, jadi kena banyak bersabar dan sentiasa kekal positif, untuk beri prestasi terbaik di gelanggang,” katanya.

Pasangan nombor 12 dunia itu, tewas di separuh akhir kepada pasangan keenam dunia Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan.

Ketika ini bukan perkampungan Al-Quran rakyat mahukan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker