Pengasas kelab komedi didakwa

Kuala Lumpur: Pengasas dan pemilik bersama kelab komedi mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan menghantar komunikasi jelik melalui Facebook, Instagram dan Tiktok, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Rizal yang memakai baju kemeja putih dan seluar biru didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Pada 14 Julai lalu, media melaporkan, pihak polis menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker