Saya Masuk GV9 Juga Bukan Kerana Duit – Shila Amzah

Saya Masuk GV9 Juga Bukan Kerana Duit – Shila Amzah
Saya Masuk GV9 Juga Bukan Kerana Duit - Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah mengakui dia sudah bersedia berdepan dengan kritikan termasuk kecaman daripada netizen sekiranya ada yang mendakwa dirinya tidak sesuai menyertai program  Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kerana masih lagi aktif.

Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Hamzah, 32, berkata penyertaannya dalam program realiti itu adalah untuk memperbaiki diri, selain ingin keluar dari zon selesa.

“Saya masuk program ini juga bukan kerana duit tetapi kerana saya melihat program realiti ini adalah tempat yang sesuai untuk seorang penyanyi itu berkarya.

“Memang sebelum ini saya ada menyertai dua pertandingan nyanyian iaitu The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu tetapi kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep berbeza.

“Setiap minggu kita akan cuba untuk tampilkan persembahan yang terbaik dan mencabar kreativiti sendiri. Sebagai penyanyi, program ini membantu kita untuk lebih yakin sekali gus memberi kepuasan kepada diri sendiri.

“Kalau nak cakap takut pada kritikan atau kecaman, sebelum ini pun saya sudah lalui pelbagai kontroversi. Saya juga tak kisah jika kena kritikan dari segi nyanyian kerana lebih baik orang kritik pasal kerja berbanding soal peribadi,” katanya.

Biar tidak menafikan dirinya takut jika perjuangannya dalam program itu terhenti di pertengahan jalan namun Shila mahu bersikap positif.

“Selalunya perkara yang paling buat saya takut apabila menyertai pertandingan nyanyian adalah penyingkiran. Kalau boleh saya nak elak perkara itu dari berlaku pada saya.

“Namun seandainya saya tewas, sebagai peserta paling muda, saya tetap berasa bangga kerana mereka yang bersaing bukan calang-calang,” katanya lagi.

Terdahulu selain Shila, penyany wanita solo lain yang turut menyertai program itu ialah Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan dan Tom.

Sementara peserta peserta lelaki solo pula terdiri daripada Tomok, Roy Kapilla,Bob Yusof, Asheed Def-Gab-C, Fuad Rahman dan Hazrul Nizam.

Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

Saya Masuk GV9 Juga Bukan Kerana Duit – Shila Amzah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker