Pengerusi PPS ditahan, kes tuntutan palsu bantuan banjir RM1,000 untuk anak sendiri

Pengerusi PPS ditahan, kes tuntutan palsu bantuan banjir RM1,000 untuk anak sendiri

Pengerusi PPS ditahan, kes tuntutan palsu bantuan banjir RM1,000 untuk anak sendiri
Foto hiasan.

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengerusi jawatankuasa pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir sebuah daerah di negeri ini kerana disyaki terbabit memperakui borang bantuan bencana itu yang mengandungi butiran palsu pada 2022.

Lelaki berusia 60-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

Menurut sumber, suspek dipercayai memperakui borang bantuan banjir mengandungi butir matan palsu maklumat ketua isi rumah yang dikeluarkan atas nama anak kandungnya bagi mendapatkan bantuan wang ihsan (BWI) berjumlah RM1,000, sedangkan anaknya tidak layak mendapat bantuan itu.



“BWI berjumlah RM1,000 inisiatif kerajaan membantu setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi, mengesahkan penahahan lelaki berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, katanya, suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya diambil.

Pengerusi PPS ditahan, kes tuntutan palsu bantuan banjir RM1,000 untuk anak sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker