Gara-gara tisu terdedah kepada haba

Oleh – Syeikh Baran


Gara-gara tisu terdedah kepada haba
Kerosakan yang dialami selepas anggota bomba memadamkan api yang berlaku akibat pencungkil gigi dan tisu kering. – KHAOSOD

Sebuah kereta di Thailand terbakar, dipercayai gara-gara tisu kering dan pencungkil gigi yang dibiarkan terdedah kepada sinaran matahari serta haba panas terik, lapor akhbar Thaiger semalam. 

Insiden berlaku di Soi Porn Sawang 7, wilayah Samut Prakan, tengah hari semalam.



Pemiliknya, Tawan Sakplin dilaporkan meletakkan keretanya di sebuah lorong, dekat kediamannya sebelum berulang-alik ke tempat kerja menggunakan motosikal. 

Pada hari kejadian, dia menerima panggilan daripada ibunya mengenai  kebakaran tersebut. Sejurus tiba, dia mendapati anggota bomba tempatan telah pun memadamkan api.

Tawan membuat spekulasi bahawa gabungan haba melampau dan cahaya matahari yang menembusi tingkap belakang membuatkan tisu kering dan pencungkil gigi mudah terbakar. 

Susulan kejadian itu, Tawan menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika meletakkan kenderaan di bawah sinaran matahari.



Pemilik kenderaan juga dinasihatkan untuk memastikan barangan mudah terbakar seperti tisu dan pencungkil gigi, tidak ditinggalkan di dalam kenderaan bagi mengelak bahaya yang sama. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button