Dekad terpanas dunia lengkap tahun lalu

Oleh – Syeikh Baran


Dekad terpanas dunia lengkap tahun lalu
PBB hari ini mengesahkan, tahun 2023 melengkapkan dekad terpanas dunia apabila gelombang panas menyamai lautan manakala glasier memecah rekod pencairan ais. – Foto ihsan MSN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengesahkan, tahun 2023 melengkapkan dekad terpanas dunia, apabila gelombang panas menyamai lautan manakala glasier memecah rekod pencairan ais.

Pertubuhan Meteorologi Dunia PPB mengeluarkan laporan tahunan Keadaan Iklim dengan mengesahkan data awal yang menunjukkan bahawa 2023 adalah tahun paling panas pernah direkodkan.

Laporan WMO itu melaporkan, ia juga berlaku pada penghujung ‘tempoh 10 tahun paling hangat dalam rekod’.

Ketua PBB, Antonio Guterres berkata laporan itu menunjukkan ‘bumi kini berada di ambang’.

Katanya, ‘bumi mengeluarkan panggilan kecemasan’ sambil menunjukkan bahawa `pencemaran bahan api fosil menyebabkan kekacauan iklim dari carta’ dan memberi amaran mengenai ‘perubahan semakin pantas’.

WMO berkata, purata suhu permukaan ialah 1.45 darjah selsius, di atas paras pra perindustrian tahun lalu – sangat hampir dengan ambang 1.5 darjah kritikal yang semua negara bersetuju dalam perjanjian iklim Paris 2015.

“Kita tidak pernah begitu hampir… dengan had bawah 1.5 selsius Perjanjian Paris.

“Ia amaran merah kepada dunia,” Ketua WMO, Andrea Celeste Saulo memberi amaran dalam satu kenyataan merujuk kepada laporan itu.

Meneliti data, organisasi itu juga mendapati ‘rekod sekali lagi dipecahkan’ malah memberi amaran bahawa nombor ‘memberi makna baharu yang tidak menyenangkan kepada frasa di luar carta’.

Saulo menegaskan, perubahan iklim kini adalah lebih daripada suhu.

“Apa yang kami saksikan pada tahun 2023, terutamanya dengan kehangatan lautan yang belum pernah berlaku sebelum ini, pencairan glasier dan kehilangan ais laut Antartika, menimbulkan kebimbangan khusus,” katanya.

Satu penemuan yang amat membimbangkan ialah gelombang haba marin mencengkam hampir satu pertiga daripada lautan global pada purata harian tahun lepas.

WHO berkata, menjelang akhir tahun 2023, lebih daripada 90 peratus lautan kini mengalami keadaan gelombang haba pada satu ketika sepanjang tahun, kata WMO.

Ia memberi amaran, gelombang haba marin yang lebih kerap dan sengit akan mempunyai ‘kesan negatif yang mendalam terhadap ekosistem marin dan terumbu karang’.

Pada masa yang sama, ia juga memberi amaran bahawa glasier utama di seluruh dunia mengalami kehilangan ais terbesar sejak rekod itu bermula pada tahun 1950 dan ia ‘didorong oleh pencairan melampau di kedua-dua Amerika Utara dan Eropah barat’.

Di Switzerland, lokasi ibu pejabat WMO, glasier Alpine misalnya sudah kehilangan 10 peratus daripada jumlah bakinya dalam tempoh dua tahun lalu sahaja.

WHO berkata, tahap ais laut Antartika ‘setakat ini paling rendah dalam rekod’.- AFP

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker