Kepakaran teknologi kurangkan bangunan rosak

Oleh – Syeikh Baran


Kepakaran teknologi kurangkan bangunan rosak
ANTARA bangunan di Hualien yang runtuh susulan gempa bumi berkenaan. FOTO CNA / AFP

Kepakaran teknologi yang menjadikan Taiwan sebagai kuasa semikonduktor nampaknya mengekalkan kerosakan dan korban akibat gempa bumi terburuk dalam suku abad yang agak rendah, kata ahli akademik yang bekerja dalam tindak balas bencana pulau itu.

Bloomberg melaporkan, gempa bumi bermagnitud 7.4 dan melanda pantai timur Taiwan pada awal 3 April, membunuh sekurang-kurangnya sembilan individu dan mencederakan lebih 800 yang lain

Bencana itu memusnahkan puluhan bangunan di daerah Hualien dan menggegarkan bangunan di Taipei.

Menurut rekod, gempa bumi pada 2016 mengorbankan lebih 100 orang, manakala lebih 2,400 orang maut dalam gempa bumi besar pada 1999.

Kod bangunan yang disemak semula selepas bencana 1999 dan teknologi lebih baik membantu mengurangkan korban semasa gempa bumi pada Rabu.

Ketua Pasukan di Pusat Sains dan Teknologi Nasional untuk Pengurangan Bencana Profesor Geosains Wu Yih-min, dari Universiti Taiwan Nasional berkata, dalam tempoh tiga hingga lima tahun kebelakangan ini, sistem tindak balas bencana yang dibangunkan oleh agensi itu menjadi lebih canggih dan memenuhi keperluan penting di salah satu bahagian dunia yang paling aktif secara seismik.

“Taiwan terus membangunkan teknologi ini, dan kami mempunyai kelebihan,” kata Wu, sambil menambah bahawa ia akan menjadi lebih sukar bagi wilayah tanpa industri teknologi yang kukuh.

Wu berkata, sistem tindak balas bencana pulau itu mengimbas kata kunci dan gambar yang disiarkan dalam talian, membolehkan kerajaan menggunakan sumber dengan cepat.

Ia juga boleh mengesan isyarat mudah alih di kawasan yang terjejas untuk menjejaki aliran orang, sambil mengumpul tangkap layar skrin daripada kamera pengawasan di seluruh Taiwan untuk menilai kerosakan.

Kemajuan teknologi menyaksikan pulau itu menjadi pemain utama dalam pasaran global untuk komputer riba, papan induk dan peranti rangkaian.

Pembuat cip penting seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) dan United Microelectronics Corp menghentikan operasi di beberapa loji dan memindahkan beberapa kakitangan.

Pembuat cip itu lazimnya terpaksa berhadapan dengan aktiviti seismik atau taufan, dan TSMC memaklumkan pemindahan itu adalah mengikut prosedur.

Sementara itu, Timbalan Menteri Lin Minn-tsong dari Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan Taiwan berkata dalam satu kenyataan berkata, ketika kilang di taman sains Taiwan dibina, syarikat mengambil kira aktiviti seismik dan mempunyai prosedur piawaian untuk tindak balas kecemasan.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker