Maritim Malaysia tahan 9 PATI Myanmar naik feri dari Langkawi

Maritim Malaysia tahan 9 PATI Myanmar naik feri dari Langkawi

Maritim Malaysia tahan 9 PATI Myanmar naik feri dari Langkawi
Bubu naga yang dirampas di tiga kawasan di perairan Kuala Kedah oleh Maritim Malaysia. – Foto Maritim Malaysia

KUALA KEDAH: Sembilan pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata mereka ditahan dalam pemeriksaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.

Hasil pemeriksaan katanya, semua PATI hanya memiliki salinan surat UNHCR yang meragukan memandangkan permohonan pemilikan kad terbabit sudah dihentikan.



“Semua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zon Maritim Kuala Kedah juga turut melakukan operasi pemantauan rutin penggunaan bubu naga dalam kalangan nelayan selama seminggu.

Beliau berkata, hasil pemantauan itu pihaknya berjaya merampas 70 unit bubu naga atau bubu kambang di tiga lokasi berbeza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan


“Operasi ini dilaksanakan berikutan terdapat beberapa aduan awam yang diterima oleh pihak Maritim Malaysia di sekitar Kuala Jerlun, Kuala Kangkung dan Sungai Limau, Yan dan menjadi sebahagian lokasi panas penggunaan bubu naga ini.



“Anggota bot ronda Maritim Malaysia turut menemukan pelbagai taktik bagi mengaburi pihak berkuasa seperti pelampung penanda, pancang kayu dan beberapa alatan GPS yang mencurigakan dipasang pada setiap bubu naga berukuran kira-kira 10 meter panjang itu,” katanya.

Noor Azreyanti berkata, kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM8,000 dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

“Pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.

Maritim Malaysia tahan 9 PATI Myanmar naik feri dari Langkawi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker