‘Itu Penjuru Yamani, bukan Hajar Aswad’ – Nazim Othman

Kuala Lumpur: Pelakon, Nazim Othman yang mengerjakan umrah baru-baru ini menjelaskan dia mengucup Penjuru Yamani iaitu bahagian batu asal Kaabah yang tidak diubah dan bukannya Hajar Aswad seperti yang tular.

Nazim berkata, dia bersyukur perkongsiannya itu menjadi tular dan menjadi asbab untuk mendalami sejarah Islam.

“Seminggu sesudah ‘posting’ (memuat naik), video itu viral (tular). Ramai yang menitipkan rasa sayu ingin menjadi tetamu-Nya, Syukur Alhamdulillah.



“Namun, sebilangan besar tersilap tafsir bahagian yang saya kucup itu adalah Hajar Aswad tetapi ia sebenarnya adalah Penjuru Yamani iaitu bahagian batu asal Kaabah yang tak pernah diubah.

“Blog-blog yang memuatnaik kembali ‘posting’ itu pun tidak bertanyakan kepada saya terlebih dahulu mengenainya. Namun, dari perspektif yang positif dengan video itu sebagai asbab.

“Sekurang-kurangnya ramai yang mula buka mata mengenai struktur bangunan Kaabah itu secara tidak langsung dan terdetik hatinya untuk menunaikan ibadah umrah atau hail,” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nazim turut berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kebaikan buatnya.



“Saya bersyukur dengan perkongsian yang dimuat naik memberi manfaat.Terima kasih atas segala doa yang baik.

“Dalam pada itu, semoga Allah menetapkan takdir yang baik-baik untuk kita semua walaupun kita tak cukup baik,” tulisnya.

Terdahulu, video memaparkan Nazim yang berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah dan sedang berusaha mendekati Penjuru Yamani hanya dengan berbekalkan senyuman menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat riak bahagia terpapar di wajah Nazim.



Dia kelihatan begitu berpuas hati dan tersenyum selepas mengucup batu itu biarpun sedang berada dalam asakan orang ramai.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button