“Trojan Horse” siapa sudah menyusup dalam PKR?

Oleh – Bakhtiar Omar

Trojan Horse siapa sudah menyusup masuk PKR

Kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR (Parti Keadilan Rakyat) telah diabsahkan dalam Kongres Nasional PKR 2022 yang telah berlangsung Sabtu lepas.



Ada persoalan besar timbul pada hemat pemerhati politik bila melihat susun atur MPP PKR yang terbaru.

Para pemerhati ini merasakan sudah ada “Trojan Horse” menyusup masuk ke PKR namun kepunyaan siapa masih belum dapat diketahui.

Ada kemungkinan sesuatu bakal berlaku dalam PKR dalam masa terdekat walau pada permukaannya nampak sangat tenang. Tidak mustahil sudah ada ‘musuh’ berjaya meletakkan kepercayaan mereka dalam susunan kepimpinan tertinggi PKR kali ini.

Berapa ramai MPP dari ‘papan’ Rafizi yang berjaya mengisi jawatan tersebut? Adakah Rafizi akan berjaya menguasai keseluruhan parti dengan menggunakan pengaruh MPP?



 

 

Sejak Azmin Ali mengosongkan jawatan Timbalan Presiden, jawatan tersebut tidak dipangku sesiapapun dari PKR.



Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilihat memainkan peranan penting mengurus tadbir serta membantu Anwar Ibrahim berkaitan hal-ehwal parti.

Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin dianggap sebagai pertandingan epik dalam sejarah PKR. Rafizi yang pernah meninggalkan gelanggang politik dan meninggalkan Anwar secara tiba-tiba kembali mencuri perhatian.

Saifuddin yang kekal setia kepada Anwar dan parti nampak telah dikalahkan sebelum masuk ke gelanggang. Ini kerana Rafizi memilih untuk berlawan dengan Najib Razak, seorang yang dalam kategori ‘heavyweight’ politik.

ANWAR IBRAHIM BERJAYA ‘DIBODOHKAN’ BILA BERDEBAT DENGAN NAJIB

Najib yang berada di kemuncak popular diserang Rafizi tanpa henti hingga berjaya ‘membodohkan’ Anwar Ibrahim supaya berdebat dengan Najib, walaupun asalnya serangan hanya antara Najib dan Rafizi sahaja.



Akhirnya, Anwar nampak ‘tolol’ bilamana Rafizi sendiri tidak hadir ketika sesi debat Najib-Anwar berlangsung.

Bagaimana naratif yang dibuat Rafizi berjaya memperdaya ramai ahli PKR tanpa dapat dihalang sesiapapun termasuk Anwar Ibrahim?

Semalam, selaku Timbalan Presiden PKR, Rafizi ‘mengarahkan’ agar laporan polis dibuat ahli PKR terhadap Najib kononnya telah banyak mengelirukan rakyat.

RAFIZI BERANI USIK NAJIB TETAPI TIDAK BERANI USIK MAHATHIR, MUHYIDDIN

trojan horse siapa sudah menyusup masuk pkr



Hairan bukan mengapa Rafizi tidak berani mengusik apa yang telah berlaku sepanjang Mei 2018 hingga Januari 2020 semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Lebih pelik bila tiada langsung suara Rafizi kedengaran sepanjang Muhyiddin menjadi PM. Mengapa?

Adakah Muhyiddin dan Mahathir “maksum politik”? Rafizi langsung tidak berani mempertikaikan perbelanjaan ketika darurat dilaksanakan Muhyiddin?

Tidakkah itu lebih mengelirukan rakyat apabila perbelanjaan terlalu besar digunakan Muhyiddin ketika itu?



Kebiasaannya Rafizi pantang mendengar wang rakyat atau wang negara dibazirkan tanpa dokumentasi lengkap perbelanjaan, namun berlainan dalam kes perbelanjaan yang dibuat Muhyiddin.

Rafizi juga sepatutnya mempersoalkan Mahathir yang dikatakan sengaja melengah-lengahkan peralihan kuasa antara beliau dan Anwar Ibrahim sebagaimana dipersetujui sebelum PRU14. 

Pemerhati politik juga berpendapat, Anwar akhirnya akan disingkirkan dari parti yang diasaskannya apabila ‘Trojan Horse’ berjaya menguasai pemikiran ahli PKR.

 

Anwar pencen politik, Rafizi bakal tamatkan legasi

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading