Op Tapis Khas: Hampir 30,000 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

Op Tapis Khas: Hampir 30,000 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

Op Tapis Khas: Hampir 30,000 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah
PDRM menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam ‘Op Tapis Khas 1 hingga 7’ bagi tempoh awal Januari sehingga kini. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam ‘Op Tapis Khas 1 hingga 7’ bagi tempoh awal Januari sehingga kini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata daripada jumlah itu 16,433 adalah penagih dadah, tokan (4,498), lain-lain kesalahan (3,144), Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 (2,102), orang yang dikehendaki (1,685) dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (848).

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, PDRM turut merampas sejumlah 2,241.53 kilogram dan 4,966.44 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM19.8 juta.



“Selain itu, PDRM juga mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dan menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM612,563,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata pecahan aset yang disita melibatkan wang tunai bernilai RM32,663, barangan kemas RM49,600 dan kenderaan bernilai RM530,300.

Katanya, objektif operasi khas itu antaranya untuk mengesan dan menangkap tokan dadah di hotspot yang dikenal pasti, memusnahkan sarang penagihan dadah, mengambil tindakan ke atas penagih tegar, mengesan dan menangkap orang dikehendaki atas kesalahan dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.



“Selain itu, PDRM berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya. – BERNAMA

 

Op Tapis Khas: Hampir 30,000 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker