SPRM syak wujud sistem `hawala’ dalam kes rasuah berkaitan kelulusan VLN

SPRM syak wujud sistem `hawala’ dalam kes rasuah berkaitan kelulusan VLN

SPRM syak wujud sistem `hawala' dalam kes rasuah berkaitan kelulusan VLN
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Pemakaian Kamera Badan di Ibu Pejabat SPRM hari ini. –BERNAMA

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, hari ini, mendedahkan kewujudan sistem ‘hawala’ berhubung kes rasuah berkaitan kelulusan Visa Luar Negara (VLN) warga Bangladesh memasuki Malaysia.

Sistem hawala merujuk kepada penghantaran wang melalui kaedah ‘bawah tanah’ tanpa membabitkan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran pemakaian kamera badan dan jaket SPRM di sini, Azam berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa transaksi wang yang disyaki dibayar bagi tujuan perolehan visa pelancong yang disalahgunakan untuk memasuki negara.

“Kami juga mengesyaki terdapat sejumlah besar wang yang disalurkan melalui sistem hawala di beberapa tempat,” katanya.

VLN adalah visa lawatan sosial untuk pelancong luar memasuki Malaysia bagi tempoh tertentu dan menurut undang-undang negara, pelancong Bangladesh dibenarkan menetap di Malaysia selama 30 hari dan tidak layak didaftar untuk sistem permit kerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!


Azam berkata, siasatan lanjut SPRM mendapati lambakan pekerja Bangladesh di Malaysia adalah menerusi sistem VLN yang disalahgunakan untuk bekerja dalam negara serta tidak melalui saluran pengambilan pekerja asing yang betul.

Isu penyelewengan permohonan VLN oleh warga Bangladesh mendapat liputan meluas sejak April lalu susulan penahanan dua pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) yang ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh.

Seorang pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh adalah antara dua individu ditahan kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM100 juta sejak 2021.

Siasatan mendapati pegawai itu dipercayai menerima bayaran sekitar RM1,363 (AS$300) ke RM2,272 (AS$500) bagi setiap kelulusan permohonan VLN membabitkan jumlah rasuah dianggarkan lebih RM100 juta meskipun pembayaran visa yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM105.– BERNAMA

SPRM syak wujud sistem `hawala’ dalam kes rasuah berkaitan kelulusan VLN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker