Ukraine batalkan kerakyatan bekas ahli politik

Ukraine batalkan kerakyatan bekas ahli politik

Ukraine batalkan kerakyatan bekas ahli politik
VOLODYMYR ZELENSKYY

LVIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiyy membatalkan kerakyatan beberapa bekas ahli politik berpengaruhnya kelmarin sebagai langkah terbaharu untuk membersihkan negara itu daripada pengaruh pro-Russia.

Zelenskiyy dalam ucapan video berkata, beliau bagaimanapun tidak akan mendedahkan nama-nama berkenaan kerana mereka didapati mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Russia dan Ukraine.

“Hari ini (kelmarin), saya menandatangani dokumen yang berkaitan untuk mengambil satu lagi langkah untuk melindungi dan membersihkan negara kita daripada pihak yang memihak kepada penceroboh,” katanya.

Menurut media Ukraine, senarai itu termasuk beberapa ahli politik terkemuka dari pejabat Viktor Yanukovych yang berkhidmat sebagai Presiden pro-Rusia Ukraine dari 2010 sehingga dia disingkirkan daripada jawatan itu pada 2014.

Lapor agensi berita RBC-Ukraine, turut tersenarai ialah bekas Menteri Pendidikan dan Sains, Dmytro Tabachnyk; bekas Timbalan Perdana Menteri, Andriy Klyuyev dan Ketua Pentadbiran Yanukovych dan bekas Menteri Dalam Negeri, Vitaliy Zakharchenko.

Ukraine melucutkan kewarganegaraan beberapa rakyatnya dan menyekat ratusan individu dan firma dari Russia dan Belarus sejak permulaan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam perkembangan lain, Zelenskyy memberitahu, Ukraine juga tidak akan berputus asa mempertahankan bandar Bakhmut yang diperangi Russia di timur negara itu.

Beliau berkata, ketika ini, tentera Russia meneruskan serangan terhadap sebuah bandar yang disifatkan oleh pemimpin Ukraine sebagai kubu kuat mereka.

Bandar yang menjadi tumpuan hangat di wilayah Donetsk itu menjadi pusat pertempuran selama berbulan-bulan dan Zelenskyy berkata bahawa tentera Ukraine akan terus mempertahankannya selama mungkin.

“Tiada siapa yang akan menyerahkan Bakhmut. Kami akan berjuang selagi boleh.

“Jika senjata (penghantaran) dipercepatkan iaitu senjata jarak jauh kami bukan sahaja tidak akan berundur dari Bakhmut, kami juga tidak akan menyerahkan Donbas,” tambah Zelenskyy.

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Ukraine batalkan kerakyatan bekas ahli politik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker