Tiga maut nahas dua kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Oleh – Syeikh Baran


Tiga maut nahas dua kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu turut melibatkan empat orang lagi mangsa yang mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian kira-kira dua minit kemudian sebelum mendapati dua buah kereta iaitu kereta jenis Perodua Myvi dan Nissan Micra terlibat dalam kemalangan.
 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan yang menaiki Perodua Myvi telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker