Cucu ketua samseng cabar Mayweather

Miami: Bekas juara tinju dunia Floyd Mayweather akan menentang John Gotti III, cucu kepada bekas ketua kumpulan samseng New York dalam satu pertarungan pertunjukan di South Florida Jun depan.

Mayweather, 46, bersara daripada tinju pada 2017 dan tidak tewas 50 perlawanan tetapi masih tampil dalam pertarungan yang tidak menjejaskan rekod kariernya.

Gotti yang berusia 30 tahun mempunyai rekod 5-1 dalam pertarungan MMA dengan terbaru tewas kepada Nick Alley pada 2020. Selepas bertukar kepada tinju, Gotti mempunyai rekod 2-0.

Dia adalah cucu kepada John Gotti, ketua penjenayah yang mati dalam penjara pada 2002.



Gotti ketika di sidang media bersama Mayweather berkata, dia menjadi peminat legenda tinju terbabit sejak zaman remaja tetapi itu tidak menghalangnya untuk menentang jaguh itu di gelanggang.

“Pastikan tiada kesilapan pada 11 Jun, saya akan membawa berita buruk kepadanya,” katanya. “Saya tak kisah sama ada ia pertunjukan atau tidak, anda menentang saya, jadi sama ada ‘membunuh’ atau ‘dibunuh’.”

Mayweather sebelum ini menentang bintang realiti televisyen dan You Tube dalam beberapa pertarungan pertunjukan tetapi Gotti berjanji dia akan menjadi lawan lebih sukar untuk Mayweather.

Mayweather berkata dia berusaha menentang Gotti sejak dua tahun lalu dan mendedahkan dia adalah rakan kepada bapanya, John Gotti Jr.



“Saya berkawan dengan bapanya dan ramai tidak tahu. Saya selalu berkawan dengan keluarga Gotti dan ramai tidak menyedarinya,” kata Mayweather.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker