Nama dalam lejar UKSB: Siasatan SPRM dijangka selesai tempoh terdekat

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan individu dinamakan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), iaitu bahan bukti dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sudah memanggil hampir semua individu dinamakan dalam lejar terbabit, setakat ini.

“Saya menjangkakan dalam tempoh terdekat, kertas siasatan akan disiapkan oleh pegawai saya.

“Saya tidak tahu bila (kertas siasatan akan dilengkapkan) tetapi dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas Konvokesyen Program Pentauliahan Penguatkuasaan Undang-undang SPRM pertama bagi 2022, di sini, hari ini.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker