Bunuh abang demi selamatkan ibu

Jakarta: Demi menyelamatkan ibunya, seorang lelaki sanggup memukul abang kandungnya dengan kayu hingga mati.

Tribun News melaporkan insiden berkenaan berlaku di Kampung Paniaran, Tanapuli Utara, Sumatera Indonesia.

Jurucakap Polis Taput W Baringbing berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Ambronsus Nabahan yang berusia 34 tahun datang ke rumah ibunya, Fine Tampubolan, 61, di Siborongborong, Taput pada malam kejadian.

Menurut Baringbing, mangsa dikatakan tengah marah masuk ke dalam rumah tanpa sebab sebelum mencekik ibunya.

“Kebetulan, suspek (Swandi Nabahan, 18) ada di dalam rumah cuba meleraikan ketegangan dengan dibantu seorang abangnya yang lain, Suheri Nabahan.

“Mangsa tidak mengendahkan sebaliknya lebih ganas mengeluarkan gunting dengan niat menikam ibunya.

“Cubaan mangsa tidak berjaya apabila dihalang Suheri dan membawa lari ibu mereka ke luar rumah, tetapi dikejar oleh mangsa,” katanya.

Baringbing berkata, suspek yang menyedari insiden itu jadi bertambah geram dan dengan spontan mengambil kayu seterusnya memukul kepala mangsa hingga terjatuh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Annuar harap Anwar Selamatkan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker