Kit Kat lompat tali 9 kali dalam seminit

Kit Kat lompat tali 9 kali dalam seminit

Kit Kat bersama pemiliknya Trisha FOTO Agensi
Kit Kat bersama pemiliknya Trisha FOTO Agensi

New York: Seekor kucing di Missouri yang menunjukkan kemahiran aksi lompat tali berjaya menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan lompat melangkau tali sebanyak sembilan kali dalam masa seminit.

United Press International (UPI) melaporkan kucing jantan bernama Kit Kat yang berusia 13 tahun itu bekerjasama baik dengan pemiliknya, Trisha Seifried, untuk melompat di atas tali sembilan kali dalam masa seminit sekali gus memecahkan rekod bagi kebanyakan lompatan oleh kucing mengikut ukuran masa yang sama.

Seifried berkata kepada GWR bahawa Kit Kat sudah mula boleh melakukan aksi lompat tali ketika usia baru mencecah enam bulan.

“Kit Kat pernah melompat tali di hadapan orang ramai di ladang. Ini sekali gus menepis mitos bahawa kucing tidak boleh dilatih,” kata Seifried.



Seifried yang mengendalikan sebuah agensi bakat untuk haiwan, turut mengetengahkan Kit Kat untuk ‘showbiz’ termasuk dalam kempen media sosial untuk makanan kucing Friskies dan penampilan di Jimmy Kimmel Live!

“Melompat tali sudah pasti helahnya yang paling mengagumkan, namun kerana usianya kami mengekalkan lompatannya pada tahap minimum.

“Sekarang helah kegemarannya ialah melakukan ‘high five’ dengan menampar kaki hadapannya kepada kita, dia suka bertegur sapa dengan semua peminatnya di mana-mana acara,” kata Seifried.

Kit Kat lompat tali 9 kali dalam seminit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker