Satu maut, dua parah nahas 6 kenderaan

SHAH ALAM: Seorang maut, manakala dua lagi parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan enam kenderaan di Lebuhraya Persekutuan, susur keluar Bukit Raja pagi tadi.

Lelaki yang maut berusia 57 tahun dan berstatus penduduk tetap disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.47 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan enam kenderaan itu berlanggar dari arah belakang secara berturut-turut.



“Akibat daripada perlanggaran terbabit, tiga mangsa tersepit, yang mana dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam.

“Kedua-dua mangsa cedera parah dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, Bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan konsep RECEO.

“Konsep RECEO adalah pemotongan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan operasi tamat pada jam 8.49 pagi,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker