Wanita, dua kanak-kanak serta bayi diselamatkan dari rumah pelacuran

Wanita, dua kanak-kanak serta bayi diselamatkan dari rumah pelacuran

Wanita, dua kanak-kanak serta bayi diselamatkan dari rumah pelacuran
Foto hiasan

KUALA LANGAT: Polis menyelamatkan seorang wanita warga tempatan dan kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah lot kedai yang dijadikan rumah pelacuran di Banting dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, turut diselamatkan adalah bayi perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Katanya, lot kedai itu diserbu pada jam 3.30 petang selepas pemerhatian dilakukan selama 30 minit oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.



“Ketika serbuan dilakukan, didapati premis berkenaan telah diubah suai dan dijadikan empat bilik dengan menggunakan langsir.

“Ketika serbuan polis menahan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang berperanan sebagai ‘ibu ayam’ serta dua wanita warga asing berusia 57 dan 45 tahun dipercayai pelacur.

“Hasil serbuan juga berjaya menyelamatkan seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun; seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang disyaki dipaksa melacur; seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan bayi perempuan berusia 11 bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi berkenaan adalah anak kepada wanita yang diselamatkan manakala polis masih menyiasat status dua lagi kanak-kanak.



Katanya, siasatan awal mendapati aktiviti pelacuran di lot kedai itu aktif sejak dua bulan lalu dan menyasarkan warga asing sebagai pelanggan.

Ahmad Ridhwan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Wanita, dua kanak-kanak serta bayi diselamatkan dari rumah pelacuran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS





DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button