Lelaki dijel selepas kongsi rakaman berlumba kereta

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki dijel selepas kongsi rakaman berlumba kereta
ua kereta itu dirakam memecut melebihi had laju di jalan raya. – Polis Lancashire/ SWNS

Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara selepas berkongsi rakaman video di media sosial yang memaparkan dia berlumba kereta di jalan raya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Umar Gul, 24, dihukum penjara 16 bulan selepas memuat naik sebuah klip video yang menunjukkan dia memandu pada kelajuan 241 kilometer sejam.



Video itu dirakam oleh seorang rakan Gul yang berada di tempat duduk belakang Mercedes C63 ketika kereta itu dipandu dua kali ganda melebihi had laju.

Sebuah kereta Audi RS3 berwarna merah turut terlibat dalam perlumbaan tersebut.

Dua kereta itu dilihat memecut laju di jalan raya selepas melepasi lampu isyarat.

Selepas menerima aduan, satu dokumen bukti kes dikumpul oleh Unit Siasatan Data Kenderaan Polis Lancashire.



Selain rakaman tersebut, terdapat beberapa bukti lain yang menunjukkan bahawa Gul turut memandu kereta Nissan GTR dan BMW M135i secara berbahaya.

Gul kemudian mengaku bersalah atas lima pertuduhan memandu secara berbahaya dan dipenjarakan di Mahkamah Diraja Preston pada 11 Januari lalu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button