MTSP Raub Selesai Sanitasi Sekolah

Majlis Tindakan Sosial Pahang Selesai Sanitasi Sekolah Hadapi SPM

Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) daerah Raub selesai sanitasi sekolah menengah dalam daerah Raub bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Menurut Setiausaha MTSP saudara Fadzli Kamal, proses sanitasi melibatkan 16 buah sekolah menengah. Proses tersebut diseliakan pihak Bomba Raub dengan kerjasama Skuad Sabil Pemuda Umno Raub.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210218-WA0010.mp4[/KGVID]

Kos sanitasi ditanggung sepenuhnya oleh MTSP di bawah kelolaan kerajaan negeri Pahang.



Para guru turut berterimakasih kepada MTSP atas usaha bagi memastikan pelajar SPM terhindar dari covid19.

Usaha kerajaan negeri menerusi MTSP meliputi seluruh sekolah negeri Pahang amat dialu-alukan. Dalam pandemik covid, kesihatan pelajar serta risiko jangkitan perlu diminimumkan.

Justeru itu apa yang dilakukan MTSP adalah antara usaha bagi menjaga kebajikan pelajar dan pengajar sekolah terbabit.

Pahang Berduka, Raub Turut Dilanda Banjir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker