Rara ‘Remukkan’ Hati Para Jejaka Dan Peminat

Rara ‘Remukkan’ Hati Jejaka Dan Peminat Bila Bertunang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura atau dikenali sebagai Rara berjaya ‘meremukkan’ hati ramai jejaka dan peminat apabila sah bergelar tunangan orang.

Gambar yang dinaikmuat di laman Instagram miliknya menunjukkan jejaka yang berjaya menawan hati ADUN DAP ini.



Beliau yang pernah dilanda kontroversi melanggar SOP PKP apabila menyambut Hari Lahir di Selangor memberitahu sedang mengenali hati budi jejaka bernama Edrin awal tahun ini.

Foto beliau disarungkan cincin turut dinaikmuatnya di Instagram.

Penolong Setiausaha Wanita DAP itu meletakkan kapsyen “Alhamdulillah” pada hantarannya.



Sudah pasti ramai jejaka yang sebelum ini terpegun dengan kecantikan ala klasikal Rara ‘makan hati’ bila mengetahui pujaan mereka kini milik orang.

Pernah berkahwin pada 2016 tetapi bercerai dengan talak satu pada 2019, Rara merupakan antara potensi DAP bagi meraih undi kaum Melayu di Parlimen Bentong.

Desas desus turut tersebar beliau akan bertukar kawasan bertanding dan dikatakan akan ke Selangor bagi kerusi Parlimen.

Apapun tahniah diucapkan kepada Young Syefura dan moga bahagia ke jinjang pelamin.



ADUN DAP KETARI AKAN BERTANDING DI SELANGOR SELEPAS KANTOI LANGGAR SOP PKPB?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button