‘Ikan boleh dimakan, elak kerang-kerangan kawasan fenomena air pasang merah’

‘Ikan boleh dimakan, elak kerang-kerangan kawasan fenomena air pasang merah’

'Ikan boleh dimakan, elak kerang-kerangan kawasan fenomena air pasang merah'
Foto hiasan. – BERNAMA

TAIPING: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menasihati orang ramai agar tidak makan hidupan laut berupa kerang-kerangan susulan fenomena ‘air pasang merah’ (red tide bloom) di perairan Teluk Bahang sehingga Sungai Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak minggu lalu.

Ketua Cawangan Standard Perkhidmatan Makmal Bahagian Biosekuriti Perikanan DOF, Roslan Abu Hasan, berkata hidupan berupa ikan di perairan yang dilanda fenomena ledakan alga spesis ‘Noctiluca Scintillans’ itu selamat dimakan.

Katanya, tidak seperti ikan yang bahagian insang lazim tidak dimakan manusia, kerang-kerangan adalah sebaliknya apabila keseluruhan bahagiannya dimakan sekali gus.

“Kematian ikan di kawasan itu adalah disebabkan persaingan merebut oksigen, mengakibatkan ikan sukar bernafas lalu mati, namun dari segi racun (toksin) ia tiada, justeru ikan selamat untuk dimakan.

“Tetapi kalau memakan kerang-kerangan, itu bahaya sebab bila makan kerang kita makan keseluruhannya (termasuk insang), tetapi kalau ikan kita tidak makan insang,” katanya kepada media sempena program Kesedaran Pematuhan Pensijilan MyGAP dan Taklimat Penggunaan Sistem eKanMas peringkat negeri di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dulu Mahathir tunggang DAP, hari ini Mahathir tunggang PAS


Program itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan turut dihadiri Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap.

Terdahulu, media melaporkan keputusan awal analisis Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung, Pulau Pinang terhadap fenomena ‘air merah’ di perairan Teluk Bahang mendapati alga yang berlaku ledakan di situ iaitu dari spesis ‘Noctiluca Scintillans’ bukan toksin serta tidak berbahaya kepada manusia.

Fenomena itu, setakat kelmarin turut dilapor menyebabkan kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 susulan kematian 12 tan ternakan ikan sangkar dalam lima hari sejak insiden itu berlaku Sabtu minggu lalu, namun fenomena itu dilapor kian semakin berkurangan melanda perairan itu menerusi pemantauan yang dijalankan.

Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, fenomena yang terjadi di Teluk Bahang itu tidak menjejaskan hasil laut di kawasan perairan Perak dan pihaknya memastikan pemantauan rapi dibuat secara berkala supaya keadaan kualiti air di perairan negeri ini selamat.

“Memang keadaan itu (air pasang merah) ada kebarangkalian boleh berlaku di tempat lain sekiranya berlaku peningkatan suhu air laut dan air berada dalam neutren atau kesuburan yang tinggi yang mana benda (algae) itu memang berada di perairan kita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?


“Jadi apa yang kita lakukan adalah langkah pemantauan kualiti air bagi memastikan kita dapat amaran sebelum sampai ke tempat (perairan) kita,” katanya.

Berdasarkan rekod, Noctiluca Scintillans pernah menyebabkan ledakan sehingga air laut menjadi merah jambu dan ikan dalam sangkar mati di perairan Kuala Gula, Perak pada 2016.

Mengenai program, Mohd Ghazali berkata, sebanyak 10,000 ekor benih ikan baung dilepaskan di Sungai Burmese di sini, dalam usaha memulihara dan menangani kepupusan sumber perikanan negeri.

Dalam ucapannya, Mohd Ghazali berkata, di Perak seramai 83 pengusaha akuakultur komersial, sederhana dan kecil sudah dipersijilkan di bawah skim pengiktirafan pensijilan amalan akuakultur baik atau Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP) dan jumlah itu disifatkan masih sedikit berbanding jumlah penternak akuakultur di negeri ini.

‘Ikan boleh dimakan, elak kerang-kerangan kawasan fenomena air pasang merah’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker