Langkah Dubai: Strategi Atau Rekayasa Seribu Mimpi?

Langkah Dubai: Strategi Atau Rekayasa Seribu Mimpi?

Langkah Dubai: Strategi Atau Rekayasa Seribu Mimpi?

Suhu politik Malaysia kembali memanas.

Kali ini tular cerita mengenai pertemuan beberapa ahli parlimen Perikatan Nasional (PPBM dan PAS) serta segelintir ahli parlimen Barisan Nasional di luar negara.

Malah dikatakan juga pertemuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pemimpin dari kerajaan yang dipercayai berjawatan menteri atau timbalan menteri.

Pertemuan mereka di Dubai dikatakan didalangi oleh seorang ahli politik veteran yang bergelar Tun.



Tujuan pertemuan tersebut dikatakan untuk menyusun strategi menumbangkan Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.

Penulis yakin pertemuan yang dikatakan itu sememangnya berlaku.

Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenar pertemuan itu?

Adakah ianya satu pertemuan yang berpijak kepada realiti untuk merampas Putrajaya?



Atau ianya satu pertemuan yang telah memperbodohkan ahli politik dari blok kerajaan serta rakyat untuk terus mempercayai angan-angan Mat Jenin Perikatan Nasional?

Adakah Fakta Juga Menyokong Angan Angan Perikatan Nasional?

Kerajaan yang memerintah hanya boleh ditukar melalui 2 cara.

Cara yang pertama, melalui kemenangan pihak pembangkang di dalam pilihanraya umum.

Sudah tentu ianya tidak ada di dalam agenda Perikatan Nasional.

Hujahnya, sekiranya ahli politik Perikatan Nasional sememangnya menjunjung peralihan kuasa melalui demokrasi, sudah tentu mereka akan fokus kepada fungsi semak dan imbang pembangkang.

Tetapi hingga ke hari ini, Perikatan Nasional terbukti mengabaikannya dan lebih menumpukan perhatian kepada usaha menubuhkan kerajaan tebuk atap.

Cara yang kedua adalah melalui sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Inilah yang sedang diusahakan oleh Perikatan Nasional.

Tetapi, mampukah mereka atau ianya sekadar angan-angan yang cuba direalisasikan demi survivor politik mereka.

Kerajaan Perpaduan kini mempunyai sokongan 152 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, Perikatan Nasional perlukan sekurang-kurangnya sokongan dari 112 ahli parlimen.

Ini bermakna, mereka memerlukan sokongan dari sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen yang kini menyokong kerajaan.

Sekiranya mereka ‘membeli’ seorang ahli parlimen dengan harga RM50 juta, tambahan RM100 juta diperlukan untuk setiap orang.

Ini adalah untuk membayar denda atau saman yang akan dituntut oleh parti masing-masing.

Dalam artikata lain, melalui scheme of things, duit yang mesti disediakan untuk seorang ahli parlimen adalah RM150 juta.

Didarabkan dengan 40 ahli parlimen, Perikatan Nasional memerlukan sekurang-kurangnya RM6 bilion, kalau ada ahli parlimen yang sanggup menjual maruah mereka.

Kalau pun dana sebesar itu boleh disediakan, akan adakah 40 ahli parlimen dari pelbagai parti yang akan menjual maruah mereka?

Apa Tujuan Perikatan Nasional Sebenarnya?

Ternyata impian Perikatan Nasional untuk menumbangkan kerajaan hanyalah angan-angan Mat Jenin.

Jadi, apakah tujuan mereka sebenarnya?

Pertama, mereka dengan sengaja mahu menanamkan keyakinan di hati pemimpin dan ahli mereka bahawa satu hari nanti, kerajaan tebuk atap boleh ditubuhkan.

Matlamat kedua pula untuk mewujudkan ketidakstabilan politik yang akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi negara.

Apabila ini berlaku, rakyat akan memberontak dan persepsi kerajaan gagal akan dimainkan oleh pemimpin dan ahli parti mereka.

Ahli politik dan pemimpin dari pihak kerajaan mestilah bijak menangani permainan kotor Perikatan Nasional.

Langkah Dubai: Strategi Atau Rekayasa Seribu Mimpi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker