DAP gusar Menteri PAS bentang RUU355

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kegusarannya terhadap Menteri PAS yang dijangka mengusulkan Undang-Undang Syariah RUU355.

Menurut Guan Eng lagi, jika PAS berjaya membentangkan Undang-Undang Syariah, dikhuatiri akan membahayakan hak asasi hak beragama orang bukan Islam.

 

rujukan – KENYATAAN SETIAUSAHA DAP

RUU355 dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) sepanjang 2020 -2021.



Draf RUU355 sedang disediakan oleh kerajaan melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021.

rujukan – DRAF RUU355

Mengapa Guan Eng begitu gusar dengan apa yang dirangkakan untuk orang Islam? Adakah DAP sudah lupa kebebasan beragama telah  dijamin kerajaan melalui Perlembagaan Negara menerusi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan?

 

 

DAP sebenarnya perlu membaca kembali Perkara 11.

Perkara 11. Kebebasan beragama.



(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Adakah DAP mahu menggunakan MoU yang telah ditandatangani 13 September lepas bagi mengenakan tekanan terhadap kerajaan dan PAS bagi menghalang pembentangan RUU355?

 

 

Jika membaca pergerakan DAP agak licik menggunakan MoU untuk kepentingan politik mereka bagi menimbulkan kerisauan terhadap yang bukan Islam.

Baru-baru ini DAP menerusi Hannah Yeoh cuba menekan kerajaan dalam isu kewarganegaraan untuk anak yang lahir di luar negara. 

Ini baru sebahagian desakan yang dilakukan DAP menggunakan MoU antara Kerajaan – Pakatan Harapan. Mungkin akan ada lebih banyak desakan serta tekanan akan dikenakan terhadap Kerajaan selepas ini.

Sudah pasti PAS akan menjadi sasaran utama DAP bila melibatkan isu berkaitan agama Islam. PAS sebagai sebahagian daripada kerajaan hari ini dilihat menjadi ‘penghalang’ usaha liberalisme yang dimahukan.

Apa pula reaksi Menteri PAS dengan kenyataan Lim Guan Eng? Adakah mereka (PAS) akan akur dengan tekanan Guan Eng atau akan terus berusaha merealisasikan RUU355?

“Muafakat Nasional belahan hati saya” Nik Abduh

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker