Polis kesan lelaki ketuk kereta guna topi keledar

Polis kesan lelaki ketuk kereta guna topi keledar

Polis kesan lelaki ketuk kereta guna topi keledar
Tangkap layar video tular menunjukkan lelaki mengetuk pintu sebuah kereta di Jalan Pokok Assam Tambahan, Taiping. – Foto tular

TAIPING: Polis mengesan seorang lelaki yang mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar di Jalan Pokok Assam Tambahan, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu semalam.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas yang mana penunggang motosikal tersebut secara tiba-tiba mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video insiden itu berdurasi 42 saat tular di media sosial. – BERNAMA

Polis kesan lelaki ketuk kereta guna topi keledar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker