Jurutera minta rasuah RM13,000

Oleh – Syeikh Baran


Jurutera minta rasuah RM13,000
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri ini.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan jam 5 petang pada Rabu ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang.

Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada pertengahan tahun 2022 dan telah menggunakan wang itu untuk membeli sebuah meja snooker dan sebuah meja ping-pong yang ditempatkan di pejabatnya.



Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang bagi permohonan reman pada Khamis.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker