“Itu yang you tanya?” – Zahid Hamidi

Zahid Hamidi

 

“Itu yang you tanya?” seloroh Zahid semasa ditanya wartawan dalam sidang media Konvensyen BN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pemimpin dari Friends of BN hampir pasti akan dicalonkan dalam PRU15.

Beliau mengiktiraf peranan parti dari Friends of BN yang banyak membantu kemenangan dalam PRK dan PRN.

Zahid menyatakan akan berunding dengan parti komponen serta Top 5 UMNO untuk memberi ruang dan peluang kepada calon FOBN.

Semalam, BN secara konsensus mahu PRU15 disegerakan dan memohon kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya.

Dalam sidang media itu juga, Zahid turut menyatakan sokongan BN agar RUU Anti Lompat Parti segera diluluskan dalam sidang parlimen. Ini bagi mengelakkan sesebuah kerajaan tergugat bila berlakunya lompat parti oleh ahli politik yang menjadi wakil rakyat.

UMNO perlu bertanding 140 kerusi PRU15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker