‘Unfinished Business’ Mahathir Terhadap Najib

'Unfinished Business' Mahathir Terhadap Najib

‘Unfinished Business’ Mahathir Terhadap Najib

 

Rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu, apa yang dilalui oleh mantan Perdana Menteri ke VI, DS Najib sebenarnya adalah satu plot yang diatur oleh dendam kesumat musuh beliau.

Tanpa menggunakan akal rasional yang waras serta berpaksikan kepada fakta, mereka menelan bulat-bulat apa yang disampaikan kepada mereka.

Bagi mereka, DS Najib memang bersalah kerana merompak duit SRC, DS Najib memang bersalah kerana hampir menyebabkan negara hampir muflis kerana skandal 1MDB.

Tidak perlu penulis ulangi fakta kes dan perbicaraan mehkamah kerana ianya sudah menjadi rahsia umum.

Apa yang penulis akan bahaskan ialah fakta dendam politik yang menjadi punca kepada penganiayaan dan kezaliman ke atas DS Najib.

Dr Mahathir sememangnya terkenal dengan sikap ditaktor yang sentiasa hanya beliau sahaja yang benar.

Sesiapa sahaja yang tidak mahu tunduk dengan arahan beliau, akan dianggap sebagai musuh dan mesti dihapuskan tanpa belas kasihan.

‘Unfinished Business Mahathir Terhadap Najib

 

Dr Mahathir membantah dasar pentadbiran DS Najib yang mahu berkongsi kekayaan negara dengan rakyat melalui BR1M.

Beliau menganggap ianya sebagai dedak yang akan membuatkan rakyat menjadi malas.

Tetapi DS Najib teruskan juga dasar tersebut dengan alasan kekayaan negara adalah kekayaan rakyat dan rakyat berhak menikmatinya.

Tindakan DS Najib menyelesaikan semua perjanjian IPP berat sebelah ketinggalan DR Mahathir yang merugikan negara sebanyak RM15b to RM20b telah menimbulkan kemarahan Dr Mahathir.

Bagi DS Najib, daripada membelanjakan dana tersebut kepada segelintir golongan maha kaya, lebih elok dibelanjakan kepada pengurus dana yang memberi munafaat kepada rakyat seperti KWSP dan PNB.

Kekalahan anak kesayangan Dr Mahathir, Mukhriz, dalam pemilihan UMNO 2013 membuatkan Dr Mahathir marah.

Dr Mahathir menuduh DS Najib sengaja tidak mahu membantu Mukhriz.

Sedangkan bagi DS Najib, beliau tidak mahu campurtangan dalam pemilihan parti.

DS Najib juga berpendapat, Mukhriz terlalu mentah untuk memegang jawatan utama dalam parti dan perlukan lebih banyak pengalaman.

Akibat kekalahan Mukhriz, Dr Mahathir merajuk dan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas atas alasan usia.

Tetapi pada tahun 2014, beliau mengambil jawatan Pengerusi Eksekutif Proton dan meminta kerajaan memberikan geran percuma RM3.2 bilion kepada Proton, tetapi telah ditolak.

DS Najib, tidak ada sebab untuk Proton mendapat geran tersebut kerana Proton adalah syarikat swasta.

Sebagaimana syarikat swasta yang lain, Proton mesti berdikari untuk menyelesaikan masalah kewangan syarikat tersebut.

Ianya merupakan kemuncak kemarahan Dr Mahathir dan mengumumkan menarik sokongan terhadap DS Najib pada tahun yang sama.

SRC & 1MDB Hanyalah Alat Kepada Matlamat Menghalalkan Cara

 

Isu 1MDB hanya menjadi besar pada pertengahan tahun 2015.

Selepas Dr Mahathir berjumpa dengan Clare Brown pada awal tahun 2015 dan penyata bank DS Najib bocor kepada WSJ pada pertengahan tahun 2015.

Mukhriz pernah mengesahkan kepada mahkamah bahawa Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sudah berkomplot untuk jatuhkan DS Najib sejak tahun 2014 iaitu sebelum isu 1MDB.

Malah terdapat cubaan untuk menggunakan Peguam Negara dan ketua SPRM masa itu untuk terus mendakwa Najib pada bulan Julai 2015.

Biarpun masa itu DS Najib tidak pernah disoal berkenaan kes SRC.

Jika berjaya, Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO secara automatik akan menjadi perdana menteri.

Tapi rancangan mereka berjaya dikesan.

Peguam Negara telah dipecat sebelum dia sempat mendakwa DS Najib.

Sehingga hari ini, Peguam Negara yang dipecat itu tidak pernah mengadu sekali pun bahawa dia dipecat secara tidak adil.

Akibat wujudnya kumpulan yang membutakan hati dan memekakkan telinga, akhirnya DS Najib ditumbangkan dalam PRU 14.

Dan sebagai hadiah, bukan sahaja kumpulan tersebut hidup sengsara hingga hari ini, malah seluruh rakyat Malaysia, termasuk ibubapa dan keluarga mereka.

 

‘Unfinished Business’ Mahathir Terhadap Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker