Pemandu bas ekspres meninggal, nahas sudah ragut 3 nyawa

Pemandu bas ekspres meninggal, nahas sudah ragut 3 nyawa

Pemandu bas ekspres meninggal, nahas sudah ragut 3 nyawa
(Gambar fail) Bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di KM21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, kelmarin. – NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

KUALA TERENGGANU: Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, kelmarin, meninggal dunia pada awal pagi tadi, sekali gus menjadikan bilangan korban nahas itu kini tiga mangsa.

Nik Nordin Jusof, 51, berasal dari Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, pada jam 4.02 pagi tadi.

Terdahulu pada hari kejadian, pemandu kereta Perodua Myvi, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, serta isteri, Siti Faridaf Ahmad, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah pada anggota badan. Anak pasangan itu, Che Ku Batrisya, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta itu pula parah dan dihantar ke HSNZ untuk rawatan.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata Nik Nordin yang turut cedera termasuk patah kaki kiri akibat insiden itu, dikejarkan ke hospital sama.

“Selepas disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

“Ketika ini, seorang lagi mangsa yang juga penumpang Perodua Myvi, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. Mangsa lain dirawat sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan nahas kira-kira jam 12.40 tengah hari itu berlaku ketika bas ekspres dipandu lelaki berusia 51 tahun bersama seorang kelindan dan 27 penumpang itu dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan, menghala ke Kuantan, Pahang, manakala Perodua Myvi pula dari arah Kuala Terengganu menghala ke FELDA Belara.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker