Syed Saddiq “Drama King”, hero tidak bertempat

Syed Saddiq "Drama King", hero tidak bertempat
Syed Saddiq Sted Abdul Rahman – Presiden MUDA

 

Syed Saddiq “Drama King” cuba menjadi hero tetapi tidak bertempat malah beliau juga sekadar menjadi pejuang keadilan palsu dan selektif.

Syed Saddiq juga cuba buat drama, sepatutnya pihak yang harus diserang dan sisasar oleh SS adalah pihak lain dan bukan nya Presiden umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Mungkin lebih sesuai jika SS dan Parti MUDA sasar serang Tun Mahathir dan Tommy Thomas atas banyak masa dan pembaziran tenaga kakitangan kerajaan.

Jika dikaji dan diteliti, Kes pembebasan Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan oleh mahkamah, sebenarnya tiada kepentingan kepada Syed Sadiq dan Parti MUDA.



Ini kerana Zahid Hamidi dibebaskan oleh Mahkamah atas keputusan pihak Pendakwaraya sendiri yang menarik semula dakwaan.

11 hujah dan fakta diberi oleh mahkamah untuk pembebasan ini.

Sebagai anggota komponen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sepatutnya SS ambil pendirian “neutral” sahaja, namun SS pilih untuk buat drama pula.

Syed Saddiq "Drama King", hero tidak bertempat

SYED SADDIQ FAHAM ATAU TIDAK PROSES KES ZAHID HAMIDI?

Persoalan besar adalah , SS tahukah seluruh perjalanan kes dan asal usul kes DAZH ini?



Atau SS sudah termakan propaganda Tun Mahathir dan PH 1.0 selama ini bahawa DAZH mesti sudah bersalah?

Lalu keputusan selain sudah bersalah adalah keputusan tidak betul?

Persoalan kedua , jika keadilan yang dituntut , dimana SS berada ketika mahkamah menguggurkan beberapa kes yang didakwa terhadapMuhyiddin Yassin?

Dimana SS ketika Bekas Gabenor Zeti Aziz yang ada kes bersama keluarga berkaitan wang 1MDB yang berada dalam akaun sulit sudah habis siasatan tetapi masih belum didakwa dakwa lagi?

MEMO BOCOR BUKTI ‘TIADA KES’ UNTUK DAKWA NAJIB DAN ZAHID

Lebih menonjol , SS terkunci mulut dan otak apabila didapati bahawa kes terhadap DAZH dan Datuk Seri Najib Razak sebenar sudah dicop “tiada kes untuk didakwa” oleh pejabat Peguam Negara melalui dokumen memo bocor yang tertera nama DPP Gharib Akram.

Kenapa SS tidak terjah hal ini?

SS sama sahaja Seperti lain lain pejuang keadilan palsu seperti Mahathir, Ambiga Sreenevasan, Majlis Peguam yang berdiam diri apabila terjerat .

Sepatutnya itu lah isu yang sepatut SS “pick up” dan jadi hero mempersoalnya.

Pemimpin Umno telah menjadi mangsa kes yang diada adakan semata mata untuk membukti fitnah yang dibuat oleh Mahathir dan PH1.0.

Walaupun pihak portal kami telah mendapat maklumat ada beberapa pihak dibelakang tindakan SS , namun fakta terhadap kes DAZH seharus menjadi tumpuan utama dan induk.

Dikatakan pihak pihak seperti Tun Mahathir , Tun Daim, Muhyiddin Yassin , Tommy Thomas dan DAP versi1.0 sangat tertekan dengan kebocoran memo pejabat AG, maka untuk mengalih tumpuan rakyat, lalu drama Parti MUDA dan SS protes pembebasan DAZH diperlukan sebagai cubaan menarik semula tumpuan kepada DAZH dan umno.

Tambah lagi nama SS juga sudah tenggelam dan membuat bantahan adalah satu cara untuk kembali popular .

Ini semua drama sahaja atas sebab itu isu yang dibawa selektif dan bukan berkenaan keadilan atau ” justice”.

Atau ringkas nya isu “auta” sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker