“SANGGUP BUAT PRODUK TIRUAN… BERANI YA MAIN NYAWA ORANG SEBAB DUIT?” – RAJA ILYA

“Apa masalah korang? Nak menghancurkan periuk nasi orang lain. Kalau korang buat produk tiruan tanpa ada kelulusan yang betul, tahu tak apa akan terjadi kepada orang yang guna?

“Saya terkejut bila ada orang sanggup buat produk tiruan dan jual harga murah. Bila semak kandungan, gula melampau-lampau, kalau tuang air panas, coklat tu meletup-letup,” kata pelakon Raja Ilya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk makanan tambahan tiruan.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Menurut Ilya, lebih membimbangkan apabila produk berkenaan yang menggunakan bahan kandungan berbahaya memperdaya orang ramai apabila dijual pada harga murah.

Lebih dikesalkan apabila dia bimbang sekiranya produk asli yang selama ini dipromosikannya pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

“Saya di sini promosikan produk minuman kurus itu dan kalau orang tak dapat dikesan yang diinginkan, tapi dapat kencing manis dan sebagainya, akan pergi (dituding) ke saya semula,” tuturnya.

Image_3.jpg

Ujarnya lagi, lebih menyedihkan apabila segala laporan dan aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa juga seolah-olah dipandang sepi.



“Aduan sudah dibuat, tapi saya tak faham kenapa tiada tindakan diambil. Harap pihak yang patut jaga semua ni ambil tindakan cepat sebelum ada yang masuk hospital. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan sepatutnya tolong jangan ambil mudah hal macam ni.

“Cetak rompak hak orang lain dan pakai bahan-bahan merapu! Nak mampus ke apa? Makyaiii berani ya main dengan nyawa orang sebab duit?” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker