6,000 UNDI PPBM PERLU DIBERIKAN KEPADA CALON BN – ZAHID CABAR BERSATU

UJIAN PERTAMA PPBM, PASTIKAN UNDI DIBERIKAN KEPADA BN

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/Zaki-Abdul-Sani_20200815_2.mp4[/KGVID]

Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan parti itu benar-benar ‘Insaf’ dan mahu bersama BN dan PAS dengan memberikan 6,000 undi pada PRU14 lepas kepada calon BN dalam Prk N58 Slim River.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum penamaan calon Prk Slim River hari ini. Cabaran ini seharusnya disahut PPBM yang telah menyatakan komitmen menerusi Presiden PPBM untuk bersama dalam Muafakat Nasional hari ini.

Dijangkakan pertemuan antara pimpinan tertinggi semua parti dalam Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan kerjasama dan mengharungi PRU15 kelak. Sebahagian besar akar umbi Muafakat Nasional masih sangsi dengan kemahuan PPBM menyertai ikatan Muafakat Nasional dan mereka mahukan kepimpinan mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat keputusan besar membabitkan hala tuju parti.



Sebagaimana diketahui calon bebas merupakan calon Ketua Bahagian PPBM (kem Muhyiddin) yang kalah ditangan calon lain (kem Mukhriz Mahathir) semasa pemilihan. Beliau kemudiannya menyertai Parti yang ditubuhkan Tun Mahathir dikenali sebagai Pejuang tetapi bertanding atas tiket bebas.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker